agoda.com menawarkan diskaun sehingga 20% untuk percutian Hari Easter Aussie

agoda.com mengumumkan seleksi tawaran-tawaran hotel Sydney yang menjadikan percutian bajet ke negara `Down Under' lebih mudah.

SINGAPURA (14 Mac, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan seleksi tawaran-tawaran hotel Sydney yang menjadikan percutian bajet ke negara ‘Down Under’ lebih mudah.

Laluan-laluan baru syarikat penerbangan kos rendah di antara Asia dan Australia menjadikannya lebih murah untuk ke negara ‘Down Under’. Penerbangan jarak jauh dari hab-hab udara utama Asia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney sekarang boleh dibuat melalui beberapa pilihan syarikat penerbangan – sama ada menerusi syarikat penerbangan perdana atau syarikat penerbangan kos rendah – dengan persaingan di antara syarikat-syarikat penerbangan menjadikan harga lebih kompetitif untuk para pengembara.

Dengan tawaran-tawaran istimewa agoda.com untuk hotel-hotel Australia, para pengembara sekarang berpeluang berjimat untuk percutian di Australia. Para pelancong yang melawat pada musim luruh (Mac hingga Mei) boleh memaksimakan penjimatan dengan menghindari kadar puncak musim panas tapi pada masa yang sama masih menikmati cuaca yang baik. Musim luruh di Sydney adalah sangat sederhana, dengan hari-hari cerah beriklim sederhana dan malam-malam yang dingin.  Siang harinya tidak sepanas dan matahari tidak seterik musim panas, tetapi para pelancong masih boleh menikmati cuaca yang masih hangat untuk aktiviti luar yang berkualiti.

Hari Easter di Australia adalah masa yang cukup popular terutamanya untuk percutian keluarga. ‘Good Friday’ dan Isnin Hari Easter adalah hari cuti di seluruh negara, jadi keluarga-keluarga tempatan selalunya mengambil cuti hujung minggu yang panjang untuk ke pantai atau luar bandar. Sepanjang Hari Easter, pelawat-pelawat luar ke Australia boleh menikmati konfeksi buatan tempatan seperti ‘Easter Eggs’, roti ‘hot cross’ dan coklat pelbagai jenis yang dijual di merata tempat.

Di Sydney, Persembahan Hari Easter Diraja berlangsung dari 5 hingga 18 April, mempersembahkan pencapaian-pencapaian agrikultur dari pelbagai bidang. Acara-acara seperti pertandingan memotong kayu dan penilaian bulu merino berlangsung dalam suasana karnival yang menyeronokkan dengan tunggangan-tunggangan, pameran motocross, persembahan rodeo dan pertunjukan bunga api pada setiap malam. Persembahan Hari Easter Diraja adalah lawatan yang sangat popular bagi keluarga-keluarga – ibu bapa boleh menikmati makanan lazat Australia yang segar dan wain manakala kanak-kanak boleh melihat haiwan-haiwan ladang yang masih kecil, menaiki tunggangan dan membawa pulang coklat dan gula-gula.

Untuk menempah percutian musim luruh yang menarik di Sydney, ambil kesempatan dari kadar-kadar di bawah, sah untuk tempoh terhad sahaja.

 

Percutian Harga Berpatutan Aussie Agoda.com

ParkRoyal Parramatta – diskaun 15%!

Kadar dari RM 514. Sah sehingga 30 November, 2012.

ParkRoyal Darling Harbour – diskaun 20%!

Dari RM 610 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Sah sehingga 30 November, 2012.

Medina Classic Chippendale – diskaun 20%!         

Dari RM 523 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Tempah sebelum 31 Mei, 2012. Menginap sebelum 30 Jun, 2012.

Amora Jamison Hotel – diskaun 15%!

Dari RM 631 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Tempah sebelum 30 April, 2012. Menginap sebelum 30 Jun, 2012.

Medina Grand Harbourside – diskaun 15%!

Dari RM 535 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Tempah sebelum 30 April, 2012. Menginap sebelum 31 Julai, 2012.

Leisure Inn Sydney Central Hotel – diskaun 30%!

Dari RM 463 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Tempah sebelum 30 Mei, 2012. Menginap sebelum 30 Jun, 2012.

Quest on Dixon Darling Harbour – diskaun 20%!

Dari RM 502 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Tempah sebelum 31 Mei, 2012. Menginap sebelum 30 Jun, 2012.

Punthill Apartment Hotels North Shore – diskaun 20%!                                        

Dari RM 457 setiap malam. Minimum 3 malam penginapan. Sah sebelum 1 November, 2012.