Agoda.com mendedahkan istana-istana cerita dongeng di Jerman

Agoda.com mengetengahkan istana-istana cerita dongeng di Jerman, dengan tawaran-tawaran hotel di bandar-bandar utama Jerman.

German Castle
German Castle
  • German Castle
    German Castle
    German Castle
    German Castle

SINGAPURA (28 Mac, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengetengahkan istana-istana cerita dongeng di Jerman, dengan tawaran-tawaran hotel di bandar-bandar utama Jerman untuk para pelancong yang mengikuti laluan cerita dongeng.

Mahligai-mahligai tua yang majestik dan istana-istana batu bermenara mungkin ibarat cerita dongeng kanak-kanak, tetapi untuk pengembara budaya ia menawarkan imbasan yang mempesona ke dalam sejarah Eropah. Tidak kira masih kukuh atau sudah runtuh, bangunan-bangunan hebat ini memberikan pemahaman tentang kehidupan para bangsawan sepanjang Zaman Pertengahan, dengan banyak istana-istana yang diperbaiki juga menempatkan koleksi seni, perabot antik, senjata dan artifak lama.

Kebanyakan istana-istana yang paling terjaga terletak di luar bandar utama, lokasi terpencil mereka menyumbang kepada pemuliharaan ketika perang yang berlanjutan selama berkurun lamanya. Kebanyakan istana yang terkenal boleh dijumpai di negeri-negeri selatan Bavaria dan Baden-Württemberg, di tengah-tengah kawasan perkampungan antara yang tercantik di Eropah.

Untuk menerokai istana-istana cerita dongeng Jerman, para pelawat yang memulakan perjalanan dari Berlin boleh menikmati pemandangan menarik melalui jalanraya atau laluan kereta api ke Frankfurt am Main, seterusnya ke Trier dan perkampungan wain Mosel.

Dari sana, para pelawat boleh memasuki kawasan pergunungan Alps Swabia, melawat Heidelberg dan Stuttgart dan bandar-bandar kecil lama yang membarisi lembah. Untuk melengkapkan lawatan kisah dongeng, para pelawat kemudiannya boleh ke Füssen untuk melawat dua daripada istana paling terkenal di sini, kemudian ke Munich, hab kebudayaan Bavaria.

Istana-Istana Utama Jerman.

Istana Mespelbrunn
Dimiliki keluarga Ingelheim, istana berparit (wasserschloss) ini tersembunyi di lembah sunyi di kawasan perkampungan Franconia Bawah. Ia merupakan salah satu lokasi penggambaran filem 1958 Das Wirtshaus im Spessart yang dicalonkan untuk Cannes, berdasarkan cerita dongeng Jerman. Ia terletak di hutan tebal Spessart, lebih kurang 50km dari Frankfurt.

Istana Burghausen
Istana abad ke tiga belas ini merupakan kubu terpanjang di Eropah – dengan kepanjangan lebih dari satu kilometer. Ia menempatkan dua gereja gothik, menara pembuat senjata, enam laman, perbendaharaan, beberapa taman, kediaman yang dijaga, menara penyeksaan, penjara, bilik negeri dan dewan pahlawan yang digunakan waris-waris Duke Bavaria sebagai kediaman kedua. Istana ini terletak di Sungai Salzach, berhampiran sempadan Austria.

Istana Heidelberg

Sekarang tinggal runtuhan, kubu kuat zaman pertengahan ini adalah dari kurun ke tiga belas. Dimusnahkan oleh peperangan, kebakaran dan kilat, ia sejak sekian lama menjadi simbol romantis pujangga dan artis di Heidelberg, dan diminati ramai penulis, termasuk Victor Hugo dan Mark Twain. Istana ini menghadap bandaraya Heidelberg di utara Baden-Württemberg, dua jam pemanduan dari Frankfurt.

Istana Lichtenstein

Pernah menjadi kubu pahlawan-pahlawan Lichtenstein, istana neo-gothik ini terletak dalam kedudukan bahaya di karangan batu menghadap Honau di Alps Swabia. Lokasinya yang terpencil di hutan bergunung membantu menjadikannya selamat dari kemusnahan dan masih dimiliki oleh Dukes Urach pada hari ini. Ia juga terletak di negeri Baden-Württemberg, satu hari perjalanan dari Stuttgart.

Istana Eltz

Tiga puluh tiga generasi keluarga Eltz telah tinggal di sini. Terletak di atas bukit, dengan menara runcing dan kerja kayu tudor, ianya merupakan contoh sebenar istana zaman pertengahan, lengkap dengan koleksi-koleksi antik, lukisan dan senjata. Ianya memerlukan pendakian sederhana selama 45 minit dari stesyen keretapi Moselkern ke istana.

Istana Hohenzollern

Bendera-bendera di menara Istana Hohenzollern berkibar 855 meter ke kawasan perkampungan berdekatan, satu posisi yang telah dinikmatinya sejak kurun ke sebelas. Merupakan rumah megah keluarga diraja Prussia, ianya telah musnah dan dibina semula dua kali, dipulihkan ke bentuk asal pada lewat kurun ke sembilan belas. Ianya berdekatan sempadan Switzerland, di kaki bukit Alps Swabia.

Istana Sigmaringen

Sekarang dimiliki waris keluarga Hohenzollern, kubu abad ke sebelas ini telah bertukar milik banyak kali, dan pernah sekali menjadi takhta Vichy Perancis. Tarikan utama Sigmaringen, kampung zaman pertengahan yang sunyi di Danube, istana ini hari ini menempatkan koleksi tembikar, perisai, gerabak dan alat-alat penyeksaan.

Istana Neuschwanstein
Secara teknikalnya bukan sebuah istana memandangkan ia bukan dibina secara khususnya untuk melindungi, istana mewah ini adalah ciptaan King Ludwig II dari Bavaria yang aneh, diilhamkan oleh istana-istana zaman pertengahan dalam cerita dongeng. Rekaannya yang mewah kemudian menjadi inspirasi kepada salah satu istana cerita dongeng paling ikonik pada hari ini: Istana Sleeping Beauty Disneyland. Istana Neuschwanstein menghadap kampung Hohenschwangau di barat daya Bavaria, 100 kilometer dari Munich.

Tawaran-tawaran hotel Jerman agoda.com

Munich

GHOTEL hotel & living Munchen – Nymphenburg 3*
Dari RM 283. Kadar ‘Early Bird’ – mesti tempah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Sah dari sekarang hingga 31 Disember, 2012.

Hotel Nymphenburg 3*
Dari RM 412 setiap malam. Masa terhad sahaja! Sah sehingga 9 April, 2012.

Prinzregent am Friedensengel 4*     

Dari RM 353 setiap malam. Promosi malam percuma – tempah sekurang-kurangnya 4 malam dan dapatkan satu malam percuma. Mesti tempah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Sah sehingga 22 April, 2012.

Helvetia City Center Hotel 3*

Dari RM 283 setiap malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Aurbacher 3*.

Dari RM 178 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 3 malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Säntis 3*

Dari RM 375 setiap malam. Kadar ‘Early Bird’ – mesti tempah sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Berlin

Hollywood Media Hotel Berlin 4*
Dari RM 375 setiap malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Maritim proArte Hotel Berlin 4*

Dari RM 550 setiap malam. Kadar ‘Early Bird’ – mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Villa Kastania  4*

Dari RM 252 setiap malam. Minimum 3 malam penginapan. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Best Western Hotel Kantstrasse Berlin 4*

Dari RM 304 setiap malam. Kadar ‘Early Bird’ – mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Ku´Damm 101 3.5*
Dari RM 280 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Sah sehingga 25 April, 2012.

H10 Berlin Ku´Damm Hotel 4*
Dari RM 335 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal. Sah sehingga 7 May, 2012.

Franktfurt am Main

Victoria Hotel 4*
Dari RM 215 setiap malam.

Rocco Forte Villa Kennedy 5*
MEWAH! Dari RM 923 setiap malam.

Adina Apartment Hotel Frankfurt Neue Oper 4*
Dari RM 335 setiap malam. Kadar tiada pulangan wang.