Agoda.com mengemaskini aplikasi bagi membenarkan penebusan Ganjaran melalui telefon bimbit

agoda.com mengumumkan pengemaskinian aplikasi telefon mudah alih untuk iPhone dan Android.

SINGAPURA (21 Mac, 2012) – agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan pengemaskinian aplikasi telefon mudah alih untuk iPhone dan Android yang membenarkan para pelanggan menerima dan menebus Mata Ganjaran Agoda.com menerusi telefon bimbit mereka.

Dilancarkan pada pertengahan 2011, aplikasi telefon mudah alih Agoda.com merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat-turun bagi bidang pelancongan, dengan hampir satu juta aplikasi sudah dimuat-turun setakat ini. Pada Disember 2011, laman web App Safari memberikan aplikasi ini 4.5 dari 5 mata, dan memanggilnya, “aplikasi penempahan hotel yang efisyen dan direka bentuk secara intuitif,” yang “direka untuk perjalanan antarabangsa.”

Dalam satu lagi ulasan yang positif, Australian Business Traveller berkata, “ianya terutama sekali sangat berguna jika anda perlu menempah hotel di saat-saat akhir ketika dalam perjalanan… ianya aplikasi yang sangat bagus untuk dimiliki sekiranya anda perlukan bilik untuk bermalam di hotel dengan segera.”

Mobile ‘majalah telefon mudah alih nombor satu’ Perancis berkata, “Jika anda mengembara untuk perniagaan atau teringin merancang percutian, ini adalah alat lengkap untuk membantu anda membandingkan harga dan menempah hotel dengan hanya beberapa klik terus melalui telefon mudah alih anda.”

Aplikasi ini membenarkan para pengembara untuk melayari dan menempah kadar terbaru bagi beratus-ratus ribu hartanah di seluruh dunia. Fungsi-fungsi seperti ‘Cari Hotel Berdekatan Saya’ adalah sempurna untuk tempahan-tempahan segera, dan ulasan-ulasan pelanggan serta galeri foto penuh boleh dilihat dengan hanya beberapa sentuhan skrin.

Dengan pengemaskinian terbaru – v2.3 untuk iPhone dan v2.4 untuk Android – para pelanggan boleh mendapatkan lebih nilai dari tempahan-tempahan hotel melalui telefon mudah alih mereka. Ahli-ahli Agoda.com sekarang boleh memperoleh dan menebus Mata Ganjaran untuk tempahan hotel yang dibuat melalui aplikasi ini, serta boleh mengasingkan dan menapis hasil carian mereka berdasarkan harga untuk mencari harga paling rendah yang tersedia.

Terdapat lebih banyak pengemaskinian berguna yang membenarkan para pengguna untuk membuat senarai pendek hotel-hotel, menukar kilometer ke batu dan sebaliknya, dan beralih dengan mudah di antara 37 bahasa berbeza. Para pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk memasuki akaun Agoda.com mereka dan memeriksa baki Mata Ganjaran walaupun mereka tidak ingin membuat sebarang tempahan.

Ciri-ciri baru aplikasi telefon mudah alih Agoda.com:

  • Penebusan ganjaran
  • Penapisan harga
  • Senarai pendek hotel
  • Penukaran unit
  • Pengalihan bahasa dalam-aplikasi
  • Berbilang nama tetamu untuk setiap tempahan
  • Bantuan kad kredit JCB

 Untuk memuat turun aplikasi iPhone, klik di sini. http://itunes.apple.com/us/app/agoda.com-smarter-hotel-booking/id440676901?mt=8 Untuk memuat turun aplikasi Android, klik di sini. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.agoda.mobile.consumer

Untuk maklumat terkini tentang berita dan tawaran-tawaran Agoda.com, berhubung melalui facebook.com/agoda.